Tuesday, July 13, 2010

Bergedel

mesti ado...

1 kg kentang (hiris dan goreng)
150 gm daging cincang (goreng)
2 tangkai daun sup (mayang)
2 tangkai daun bawang (mayang)
½ cawan bawang goreng
½ biji buah pala (tumbuk)
2 biji kuning telur
Garam dan lada putih
2 biji putih telur

secukup raso...

Kentang ditumbuk lumat dan digaul bersama semua bahan kecuali putih telur. Kepal kentang bulat-bulat lalu dicelup di dalam putih telur dan di goreng garing.

Begedil Daging

mesti ado...

10 Ubi Kentang (rebus & lenyek)
¼ Daging (rebus & cincang)
Sedikit Lada sulah
Sedikit Daun Sup
Tepung Kentucky
Telur

p/s Tidak perlu garam sebab tepung kentucky tadi sudah masin.

secukup raso...

1. Rebus Ubi Kentang dan toskan dan rebus daging.

2. Lenyek Ubi dgn dgg cincang,letakkan sedikit daud sup dan lada sulah.

3. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

4. Celupkan begedil tadi dengan tepung, telur dan tepung kembali.

5. Gorengkan dengan api sederhana.

Bebola Kambing

mesti ado...

500 gm daging kambing (cincang)
1 labu bawang besar (hiris)
50 gm daun parsli/daun ketumbar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan tepung kacang kuda
3 biji jus limau nipis
5 cawan air
2 sudu kecil minyak


secukup raso...

Daging, bawang besar, daun parsli, garam, lada sulah dan serbuk kayu manis digaul sebati. Buatkan bebola, kemudian didihkan 3 cawan air. Rebus selama 10 minit kemudian keluarkan. Campurkan tepung kacang kuda, jus limau nipis, air, garam dan minyak (boleh juga campurkan air rebusan bebola). Kacau hingga rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat dan masak. Curahkan di atas bebola tadi, hidangkan panas dan taburkan dengan daun ketumbar.

Bebola Daging

mesti ado...

500 gm daging
100 g bawang merah
5 g serbuk lada putih
10 g serbuk lada hitam
20 g daun bawang
500 g serbuk roti
200 g tepung gandum
5 butir telur

sos...

20 gm bawang merah
80 g bawang putih
20 g kunyit hidup
10 g lengkuas
100 g cili kering
80 g kerisik
2 sudu besar minyak
½ cawan santan pekat
1 sudu besar sos cili (telah masak)
1 sudu kecil air asam jawa


secukup raso...
bebola daging

Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.

Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti.

Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya.

sos bebola daging

kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santan dan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Baryani Daging

mesti ado...

2 kilo daging lembu
4 sudu besar rempah baryani
3 sudu besar rempah kari

raso A
kisar...


10 ulas bwg putih
10 ulas bwg merah
50 gm halia muda


raso B
kisar halus...


5 kuntum bunga cengkih
5-6 bunga lawang
5-6 buah pelaga
2 btg kulit kayu manis


raso C
mayang halus...


4 tangkai daun pudina
4 tangkai daun sadri
4 tangkai daun bawang

raso D
3 Sudu besar tomato puree
½ tin susu cair
½ botol madu
Garam secukup rasa

raso E
4 biji bawang besar (hiris dan goreng hingga kuning keemasan)
segenggam gajus (goreng)
seganggam kismis


secukup raso...

1. Potong daging dlm 2 inci.Masuk raso A dan C serta rempah.Perap 1 jam
2. Masuk daging perak dlm periuk dan masukkan air paras daging saja dan rebus hingga empuk
3.Masuk raso B dan D dan biar api perlahan
4.Apabila mesera masuk raso E,biar mereneh kejap.Siap untuk dihidang.



Bamia Kambing

mesti ado...

1 kg daging kambing
1 tin susu cair
100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia
50 gm serbuk lada putih
500 gm kacang bendi
4 biji bawang besar, dipotong empat
4 sudu besar sos tomato
Sedikit daun ketumbar
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa


secukup raso...

Daging dibersihkan dan dipotong nipis.

Kisar jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia.

Kemudian gaul bahan kisar bersama daging.

Masukkan ke dalam periuk dan bubuh segelas air. Masak daging hingga empuk.

Kemudian masukkan serbuk lada putih, susu cair, kacang bendi, bawang besar, sos tomato, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga masak.

Ayam Goreng Nam Yee

mesti ado...

500 gm daging ayam (Bahagian dada)
2 biji telur ayam
4-5 sudu besar tepung jagung

raso A

2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar stok pekat ayam maggie
2 keping tauhu jeruk (Nam Yee)
sedikit lada sulah


secukup raso...

Ayam dipotong kecil dan di gaulkan dgn raso A sehingga sebati. Perapkan selama 4 jam (kalau nak cepat perap 1-1/2 jam pun boleh). Apabila hendak menggoreng gaulkan dengan telur dan tepung jagung tadi. Goreng sehingga ayam kekuningan , goreng dgn api kecil supaya ayam tidak hangus.

Asam Pedas Tulang Lembu

mesti ado...

1 kg tulang lembu (Serangka)
150 gm cili kisar
50 gm bawang merah
30 gm bawang putih
50 gm lengkuas
3 gm halia
3 batang serai
Sedikit belacan
2 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
5 keping asam keping
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap cair
Minyak masak untuk menumis
Sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa
2 biji buah tomato (potong empat)

secukup raso...

Potong udang serangka sebesar dua inci, bersihkan dan rebus sehingga ia empuk bersama sedikit garam, daun kesum, halia dan serai.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang bawang merah, bawang putih dan lengkuas, halia, serai dan cili yang dikisar halus sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan tulang lembu tadi bersama sedikit serbuk perasa, daun kesum, bunga kantan, asam keping, kicap pekat, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa dan sedikit gula sekiranya mahu.

Masak sehingga ia mendidih, biarkan di atas api sederhana besar seketika atau sehingga kuahnya pekat.

Masukkan tulang serangka, tunggu sehingga kuahnya sebati, angkat dan hidangkan.


Asam Pedas Daging Dengan Daun Kesum

mesti ado...

½ kilo daging (hiris nipis)
10 ulas bawang merah
2 cawan air asam jawa
2 batang daun kesum
1 liter air sejuk
Serbuk perasa
Minyak masak
Garam

kisar...
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
5 biji cili padi
2 biji buah keras
5 biji cili kering
2 cm belacan

secukup raso...

Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan daging dan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk. Kemudian masukkan daun kesum. Angkat dan hidangkan.

Ala-ala stik daging kambing

mesti ado...

500 gm daging kambing (potong memanjang dan ketuk)
1 sm kunyit hidup (tumbuk)
1 sm halia (tumbuk)
kicap masin secukupnya
serbuk perasa
sedikit lada sulah
sedikit gula
minyak

sos...
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
sedikit tepung jagung
sedikit kicap cair

secukup raso...

1. Perap daging dengan semua bahan-bahan di atas selama 15 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak panas, goreng daging tadi hingga masak.
3. Untuk membuat sos pula, panaskan minyak bijan, kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan tepung jagung. Kacau sehingga pekat
4. Hidangkan sos di atas daging yang telah digoreng tadi

Bebola Daging dengan Sengkuang

mesti ado...

300 gm daging (kisar)
300 gm sengkuang
115 gm tepung jagung
30 gm lada sulah
10 gm halia
3 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap
3 gelas air rebusan tulang
3 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang daun saderi
Garam secukup rasa

secukup raso...

Gaul daging dengan lada sulah, garam, kicap dan kepalkan kecil-kecil menjadi bebola. Golekkan bebola daging dalam tepung jagung dan goreng hingga kuning. Ketepikan. Potong sengkuang sebesar 2.5 cm x 0.5 cm. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan tumiskan perencah ini. Masukkan sengkuang dan kacau seketika. Masukkan air rebusan tulang dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Masukkan bebola daging dan kacau rata-rata. Apabila menghidang hias dengan daun saderi.

Beafsteak Peas Dan Daging

mesti ado...

raso A
½ kg daging (batang pinang) hiris sederhana nipis
1 biji telur ayam
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu gula
lada sulah
garam secukup rasa

raso B
minyak masa
bawang merah, bawang putih & halia (tumbuk)
bawang besar (hiris bulat)
cili merah (hiris serong)
1 tin kecil kacang peas hijau
2 biji tomato (belah 4)
2 biji ubi kentang (belah 6)
kicap manis dan sos cili secukup rasa
½ cawan air (lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah)

secukup raso...

- perap raso A selama 1/2 jam
- selepas itu gorengkan raso A sehingga sederhana masak diangkat dan ditos.
- gorengkan ubi kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos.
- tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu).
- setelah bahan menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan.
- masukkan raso A dan biarkan ianya mendidih.
- masukkan ubi kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya) biarkan mendidih sekali lagi.
- akhir sekali, masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa (bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama).
- hidangkan panas-panas.

Babas Kambing Massala

mesti ado...

sedikit daun ketumbar (cincang)
1 kilo daging kambing (potong dadu)
2 biji ubi kentang
1 biji tomato
2 sudu besar serbuk kari daging babas
1 sudu besar serbuk kunyit
1 kotak/biji santan kelapa
sedikit garam

Kisarkan...
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
6 biji buah keras
1 peket kecil kayu manis campuran (dikisar bersama sedikit daun kari)

secukup raso...

Rendam daging kambing bersama bahan-bahan yg telah dikisar dan serbuk kunyit selama 30 minit.
kemudian masukkan dalam periuk bersama ubi kentang dan tomato.Masukkan serbuk kari daging babas dan biarkan selama 10minit. kemudian masukkan santan kelapa dan kacau.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa serta daun ketumbar.Biarkan selama 40 minit supaya daging kambing empuk.


Asam Pedas Daging/Tetel Melaka

mesti ado...

½ kilo daging
2-3 helai daun limau purut
3 sudu minyak masak
3 cm lengkuas
2 btg serai
2 cawan asam jawa
½ sudu serbuk kari
Garam

raso A...
Ditumis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah (keluarkan sedikit bwg untuk ditumis)
5 biji halba
1 biji bunga lawang
3 cm halia

raso B...
Ditumbuk

¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
3 cm belacan
1 cm kunyit hidup/½ sudu serbuk kunyit
5 btg cili

secukup raso...

Bersihkan daging dan rebus sehingga empuk.Panaskan minyak.Cili yg telah dikisar hendaklah dicampur dgn bahan yg telah ditumbuk beserta serbuk kari.Tumis bahan A.Masukkan bahan B dan kacau hingga garing.Masukkan daun limau purut.Masukkan daging beserta air rebusannya sekali.Setelah mendidih, masukkan lengkuas dan serai.Kemudian masukkan air asam jawa.Setelah mendidih masukkan garam.

Arnab Masak Merah

mesti ado...

1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak
1 kotak santan
Sedikit minyak, garam dan gula

raso A...
kisar halus

6 tangkai cili merah
2 batang serai
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

raso B...

½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan kismis
Mixed vegetable
2 helai daun kunyit

serikan...

Daun bawang/sup


secukup raso...

Tumis raso A.

Bila wangi, masukkan raso B.

Bila raso B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang telah 1/2 masak.

Masukkan daun kunyit dan santan.

Bila didih, masukkan mixed vegetable.

Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa.

Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang.


Acar Daging Cincang Bersos

mesti ado...

600 gm daging cincang
2 sudu serbuk kunyit
3 sudu jintan manis biji
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula melaka yang dihancurkan
1 cawan tairu
1 ½ sudu besar lada putih
6 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
3 cm halia muda
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
½ cawan minyak
2 cawan air
Garam secukup rasa

secukup raso...

Daging dipotong kecil, diperap dengan jintan biji dan serbuk kunyit. Tuang minyak masak dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus bersama hirisan bawang besar. Bila bahan tumisan menjadi kuning. tuangkan daging dan biarkan sehingga airnya kering. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka. Gaul hingga rata, tuangkan 2 cawan air dan masukkan garam secukup rasa. Bila air menjadi keringdan dagingnya empuk tuangkan tairu serta lada putih yang ditumbuk halus dan gaul sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.

Sunday, July 11, 2010

Acar Ikan

mesti ado...

1 ekor ikan tongkol / ikan aya

2 camB remapah kari daging

3 sudu besar cili giling ( ikut pedas)

4 camB cuka

2 CamB gula

Garam secukup rasa

1 cawan air

Timun , Biji sawi dan halia

Rempah tumis kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang

1 cawan minyak

2 camB kaskas


campur dalam kuah acar...

2 labu bawang besar (potong 6)

20 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

4 biji lada merah potong 2


secukup raso...

1. Ikan digoreng dan ditoskan

2. Tumbuk kaskas, bawang merah, halia, bawang putih sehingga lumat

3. Masukkan cili giling dan rempah kari daging dan ketepikan, masukan biji sawi

4. Panaskan minyak masukkan bawang tumis sehingga kekuningan

5. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. masukan rempah tadi (No.3) tumis sehingga garing dan naik bau.

6. Masukkan cuka, air, garam dan gula. Apabila mendidih masukkan ikan dan bawang lada yang telah dibelah.

7. Bila sudah sebati sedia untuk di hidangkan.

Ikan kerapu Kukus

mesti ado...

1 ekor ekan kerapu

315 liter air stok ayam

1/2CamB minyak bijan

2 CamT kicap cair

garam, gula dan serbuk perasa


dihiris2...

100 g sayur jeruk (lobak dan sawi asin)

50 g daun bawang

10g halia muda

10 g cendawan hitam

1 biji cili merah

1 biji tomato


secukup raso...

1. Campurkan garam, gula, serbuk perasa, kicap dan minyak bijan dalam stok ayam.

2. Tuangkan bancuhan ini keatas ikan dan bahan yang telah dihiris.

3. letakkan ikan kedalam pengukus dan kukus selama 10 minit.

4. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Bismak Daging

mesti ado...

1/2 kilo daging dipotong 15 keping

75 g bawang merah

30 g bawang putih

20 g halia

100 g serbuk ketumbar

25 g jintan manis

25 g jintan putih

200 g cili boh

3 camb kerisik

10 g gula melaka

1 keping asam keping

1 biji santan

garam dan ajinamoto secukup rasa

Gajus untuk hiasan

tumis dulu ye...

1/2 cawan minyak

25 g bawang merah dimayang

25 g bawang putih di mayang

10 g halia dimayang

2 kuntum bunga lawang

4 keping kulit kayu manis

6 biji buah pelaga

secukup raso...

1. Tumis bahan tumis sehingga wangi

2. Masukkan daging yang telah di perap

3. Masak sehingga air daging kering, masukkan santan, asam keping, gula melaka, garam dan ajinamoto.

4. Masak lagi sehingga kering

5. Hias dengan gajus

Asam Pedas Daging

mesti ado...

100 gm daging yang siap di rebus

sedikit lengkuas

2 batang serai

secawan air asam jawa

sedikit air

Garam secukup rasa

Beberapa helai daun limau purut

Sedikit minyak masak untuk menumis


kena kisar...

Sedikit halia

2 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

sedikit kunyit hidup

sedikit belacan

20 tangkai cili kering

secukup raso...

1. Tumiskan minyak dengan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan sehingga kekunungan

2. Masukkan air asam jawa dan sedikit air

3. Masukkan daging bersama dengan air rebusan daging

4. Masukkan lengkuas, serai, dan daun limau purut. masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Daging

mesti ado...

1/2 kilo daging (rebus sampai empuk)

2 camB kicap cair

4 camB air limau nipis

garam secukup rasa dan sedikit gula


~tumbuk lumat~

4 ulas bawang putih

1 camT lada hitam

2 biji cili merah


~mayang halus~

2 labu bawang besar

4 biji cili merah

6 biji cili padi

1 inci halia

2 batang serai

3 helai daun limau purut

2 kuntum bunga kantan


secukup raso...

1. daging dipotong nipis-nipis

2. Bahan yang ditumbuk digaulkan dengan daging. Masukkan Kicap cair, air limau nipis serta garam dan gula. Gaul sehingga sebati

3. Kemudian masukkan bahan yang dimayang tadi. Gaul lagi.

4. Untuk hiasan boleh la diletakkan salad, daun bawang dan timun.

Kari bebola Daging

mesti ado...

raso A

1/2 kilo daging kisar

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 biji telur

5 CamB oat

garam secukup rasa

raso B

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 biji kelapa

rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih,bunga lawang)

2 pelepah daun kari

2 CamB serbuk kari

2 CamB cili boh / serbuk cili

asam keping

garam, gula dan ajinamoto secukup rasa

secukup raso...

raso A

1. Campurkan semua bahan A gaul rata dan bentukkan bulat-bulat.

2. Goreng bebola daging sehingga kekuningan dan angkat.

raso B

1. Panaskan periuk, Masukkan rempah tumis dan daun kari setelah itu masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. kacau sehingga naik bau dan kekuningan.

2. masukkan pula cili boh dan rempah kari dan masukkan sedikit air. kacau sehingga pecah minyak. masukkan asam keping.

3. Setelah itu, masukkan pula bebola daging kacau sehingga sebati dan barulah masukkan santan garam, gula dan ajinamoto.

4. kacau beberapa ketika dan biarkan ia pecah minyak barulah ditutup dan sedia dimakan…

Gulai Darat

mesti ado...

1 Kg daging

1 Biji kelapa

3CamB kerisik

Gula Kerek/ gula melaka

garam

Daun Kesum dan daun Kadok

secukup raso...

2 Ulas Bawang putih

10 ulas bawang merah

15 biji cili kering

1 inci lengkuas

1 inci kunyit @ 1 CamT serbuk kunyit

2 CamB Ketumbar (disanggar sebelum dikisar halus)

Cara-caranya

1. Masukkan daging dan bahan kisar kedalam periuk, gaul sebati daging dan bahan kisar. Masak sehingga daging empuk. (ore kelate kate mati awah)

2. Masukkan gula kerek garam dan perasa secukup rasa. Biarkan beberapa minit atau sehingga gula kerek cair

3. Kemudian Masukkan santan dan kerisik. Kacau lagi..

4. Apabila santan dah masak masukkan daun kesum dan daun kadok (kalau xde pun xpe daun2 ni tp bau dan rasanya jadi lain kerana daun kesum dan daun kadok memberi aroma pada gulai darat ini)

Daging Goreng Kunyit

mesti ado...

500 g daging dihiris nipis

garam,ajinomoto secukup rasa

Serbuk kunyit

1 labu bawang besar

1 biji cili merah

sedikit minyak

secukup raso...

1. Gaulkan semua bahan diatas kecuali bawang dan cili

2. Masukkan dalam kuali dan goreng sehingga air daging kering

3. setelah air daging kering dan daging empuk masukkan minyak sedikit gaul lagi

4. Barulah dimasukkan bawang besar yang dihiris bulat dan cili merah.

Pegedel Cornflakes

mesti ado...

10 biji ubi kentang dibelah 4 (goreng kuning)

1/2 kilo daging (di cincang)

5 ulas bawang merah (di cincang halus dan digoreng)

2 ulas bawang putih (di cincang halus dan digoreng))

4 biji telur

2 CamT lada hitam (ditumbuk halus)

1 1/2 cawan cornflakes diramas halus

sedikit daun bawang ( di hiris )

sedikit daun saderi (di hiris)

sedikit garam. kicap dan perasa

2 cawan cili sos

minyak

secukup raso...

1. Gaulkan daging dengan bawang cincang dan lada hitam. Perapkan sekejap

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan daging. Kacau dan tutup kuali. Apabila daging setengah masak, masukkan garam, kicap dan perasa.

3. Apabila air daging hampir kering masukkan daun bawang, daun saderi dan bawang goreng. kacau sekecap dan angkat.

4. Pecahkan telur dan asingkan putihnya.

5. Pukul merah telur bersama garam. Gaul dengan ubi kentang yang sudah ditumbuk halus. Masukkan cornflakes dan gaul lagi sehingga sebati.

6. Bentukkan adunan tersebut bulat-bulat dan isikan dengan daging.

7. Pukul putih telur hingga kembang bersama garam. celupkan adunan tersebut kedalam telur dan goreng sehingga kuning.

8. Sedia di makan.

Singgang daging

mesti ado...

1 kilo tulang rusuk lembu / daging

5 ulas bawang merah } dihiris halus

2 ulas bawang putih } dihiris halus

1 inci halia } dihiris

1 inci lengkuas } dihiris

5 tangkai cili kering } dipotong 1/2 inci panjang

2 CamT ketumbar (digoreng dan ditumbuk kasar)

3 keping asam keping

garam

gula / gula kerek ( saya lebih suka gunakan gula kerek)

air

secukup raso...

1. Masukkan kesemua bahan diatas kecuali air didalam periuk dan gaul. Tutup periuk. Masak sehingga air daging itu kering.

2. Setelah air daging kering barulah masukkan air dan biarkan mendidih dan daging empuk.

3. Siap untuk di hidangkan

Daging Bakar

mesti ado...

1/2 kilo daging }

4 ulas bawang putih } ditumbuk

1 inci halia } ditumbuk

2 CamB lada hitam } ditumbuk

1 kiub pati ayam / daging

2 CamB sos tiram

2 CamB Madu

secukup raso...

1. Masukkan semua bahan-bahan diatas dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.

2. Bakar diatas pemanggang atau didalam Oven.

Daging Masin

mesti ado...

600 g daging

sedikit gula dan garamsecukupnya

secukup raso...

1. Hiris daging nipis-nipis dan halus-halus

2. Lumurkan dengan garam dan gula. Jemur selama 2 jamdan boleh diangkat ketika lembap.

3. Goreng dengan minyak.

4. Gaging ini boleh dimakan begitu sahaja.

Daging Bersama Soon (Laab Woon Sen)

mesti ado...

1 bungkus soon

600 g daging cincang

4 biji asam limau

3 keping lengkuas }

7 ulas bawang merah } dibakar

7 ulas bawang putih }

2 CamB beras disangai (goreng tanpa minyak)

garam secukup rasa

secukup raso...

1. Daging cincang direbus dengan sedikit air sehingga empuk

2. Soon juga direbus dan toskan sehingga kering airnya

3. Perahkan asam limau dan gaulkan pada soon, campurkan daging yang telah masak.

4. Gaulkan bawang merah, bawang putih dan lengkuas yang telah ditumbuk halus.

5. Rasa asam garamnya dan akhir sekali masukkan beras yang telah ditumbuk halus.

6. Ketika menghidangnya susunkan dengan daun salad dan taburkan daun bawang serta daun ketumbar diatasnya

Kari ayam

mesti ado...

1 ekor ayam

1 biji santan

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

2 sudu cili boh

1 peket kecil rempah kari daging Babas

rempah tumis (Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)

Daun kari

1 keping asam keping

1 kiub pati ayam

garam,gula dan ajinamoto

secukup raso...

1. Panaskan minyak masukkan bahan tumis dandaun kari.

2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sampai naik bau dan kekuningan.

3. Masukkan cili boh,rempah kari, asam keping dan sedikit air. tumis rempah sampai naik minyak baru lah dimasukkan ayam. masak sehingga ayam sedikit empuk.

4. Setelah itu masukkan santan, garam gula dan ajinamoto serta

Ayam Golek

mesti ado...

1 ekor ayam (1.25 kg)
2 sudu besar jus limau nipis
100 ml minyak
40 gm bawang putih – ditumbuk halus

Garam secukup rasa
½ sudu teh serbuk lada hitam
25 gm serbuk ketumbar
25 gm serbuk jintan putih
1 sudu besar cuka
60 ml dadih asli
¼ sudu teh serbuk pala

secukup raso...

1. Gaul semua bahan, lumur pada ayam.
2. Letak di dalam bekas, tutup dan perap dalam peti sejuk selama 12 jam.
3. Panggang secara bergolek di atas bara sehingga masak.
4. Boleh disapu baki bahan perap pada ayam semasa memanggangnya

Ayam Masak halia

mesti ado...

5oo gram dada ayam yang dipotong kecil-kecil

2 1/2 inci halia

5 ulas bawang putih

3 biji cili padi

1 biji bawang besar

3 CamB kicap manis

minyak untuk menumis

secukup raso...

1. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan cili api yang dihiris halus sehingga naik bau.

2. masukkan ayam , kicap manis garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging ayam.

3. Biarkan sehingga air ayam betul kering sehingga tinggal minyak sahaja barulah masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. siap untuk dihidangkan.

Saturday, July 10, 2010

Ayam Goreng Berempah Krispy

mesti ado...

6 Ketul ayam

1/2 inci halia dikisar

3 ulas bawang putih dikisar

1 camB serbuk kari ayam Babas

1 camT serbuk lada

Garam dan bahan perasa secukup rasa

Tepung jagung

secukup raso...

1. Masukkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung jagung. Perap paling kurang setengah jam didalam peti ais.

2. Sebelum menggoreng salutkan ayam dengan tepung jagung dan goreng dengan api yang pelahan agar salutan tepung tidak hangit dan ayam masak.

3. Sedia untuk dihidangkan.

Masak Hati dan Pedal

mesti ado...

10 keping hati dan pedal

1 biji bawang besar } potong bulat

6 ulas bawang merah }

3 ulas bawang putih } dikisar halus

sedikit halia }

2 CamB sos tomato

garam dan perasa

secukup raso...

1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tumis sehingga kekuninggan

2. Masukkan hati, pedal dan air. Masak sehingga hati dan pedal empuk.

3. Masukkan sos tomato,garan, perasa dan bawang besar.

4. Apabila kuahnya nampak pekat bolehlah diangkat.

Ayam Masak Thai (Kaeng Kiew Wan Kai)

mesti ado..

1 ekor ayam (dipotong dan diambil isinya sahaja)

15 biji cili hijau }

10 biji cili padi }

9 ulas bawang putih }

12 ulas bawang merah } kisar bahan ini

2 CamB ketumbar }

1 CamB jintan putih }

1-3 keping lengkuas }

2 batang serai }

1 camT kulit limau purut }

1 cawan santan pekat

sedikit garam dan gula

terung panjang dan kacang sepat

Daun selasih

daun limau purut

secukup raso..

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tumis sehingga naik bau

2. Masukkan sedikit santan garam dan gula. Biarkan santan mendidih dan pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan tambah santan agar ayam empuk. Masukkan kacang sepat dan terung.

4. Akhir sekali masukkan daun selasih dan daunlimau purut.

Ayam Masak Tandoori

mesti ado...

1 ekor ayam bersih dan buang kulitnya

1 CamT serbuk cili

2 CamB jus lemon

garam dan serbuk lada sulah

50 g majerin ( dicairkan)

Bahan perap

3 sudu besar yogurt asli

4 ulas bawang putih

1 CamB kismis

1 keping halia

1 CamT jintan manis

1 CamB ketumbar

2 biji cili kering

pewarna merah

secukup raso...

1. Kelarkan ayam di bahagian paha dan dada ayam.

2. Gaulkan serbuk cili, garam, lada sulah dan perahan lemon. Sapukan pada ayam dan perap bahan ini sekurang-sekurangnya 30 minit.

3. Kisar semua bahan perap kecuali pewarna. Kemudian gaulkan pewarna dengan bahan kisar.

4. Gosokkan bahan perap pada ayam dan lebihkan pada tempat berkelar.

5. Perapkan selama 30 minit. Kemudian bakarlah selama 1jam atau sehingga ayam masak pada suhu 200c.

6. Apabila sudah masak keluarkan dan sapukan bahan perap yang menitik dalam dulang pembakar pada ayam.

7. sedap dimakan panas-panas. selamat menjamu selera…

Ayam Bakar Bersantan

mesti ado...

1 ekor ayam

2 sudu besar cili boh atau cili giling

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 inci halia

2 sudu besar gula hangus

1 biji limau nipis

2 biji kelapa (ambil 5 gelas santan)

garam secukupnya

secukup raso...

1. Ayam dibersihkan dan diperap dengan gula hangus dan air limau nipis selama satu jam. Kemudian dibakar dalam oven

2. Sementara menunggu ayam masak kira-kira setengah jam, masukkan santan dalam kuali serta bawang merah bawang putih dan halia yang telah ditumbuk / dikisar halus. Kemudian Masukkan cili boh dan garam

3. Bila santan sudah mendidih masukkan ayam yang telah dibakar. Siramkan dengan santan sehingga sebati.

4. Masak sehingga santan menjadi pekat sambil membalik-balikan ayam.

5. Sedia untuk dihidangkan.